Tuesday, 31 May 2016

Peraturan Baru Dari SPR? Calon Tidak Perlu Hadir Hari Penamaan Calon..

Peraturan Baru Dari SPR? Calon Tidak Perlu Hadir Hari Penamaan Calon. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan dakwaan kononnya pencalonan akan menjadi tidak sah sekiranya calon tidak hadir pada hari penamaan calon adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, di bawah Peraturan 6 (2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, borang pencalonan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokongnya atau mana-mana seorang atau dua daripada mereka.

Peraturan Baru Dari SPR? Calon Tidak Perlu Hadir Hari Penamaan Calon. “Berdasarkan peraturan ini amat jelas tiada halangan dari segi undang-undang sekiranya borang penamaan calon tidak dikemukakan sendiri oleh calon tersebut, tetapi boleh juga dikemukakan salah seorang, sama ada pencadang atau penyokong beliau,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, di bawah peraturan itu, kertas penamaan calon mesti diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di tempat penamaan antara jam 9 hingga 10 pagi pada hari tersebut.

“Sama ada sah atau tidak borang penamaan tersebut bagi menentukan kelayakan bakal calon masih tertakluk kepada syarat-syarat sedia ada bagi kelayakan seseorang calon sepertimana dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan bertulis yang berkaitan pilihan raya yang berkuat kuasa buat masa ini,” katanya.


Peraturan Baru Dari SPR? Calon Tidak Perlu Hadir Hari Penamaan Calon


Isu timbul apabila terdapat pihak yang mendakwa pencalonan Datin Mastura Mohd Yazid bagi PRK Kuala Kangsar tidak sah sekiranya beliau tidak hadir pada hari penamaan calon 5 Jun ini.

PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini, setelah Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga ahli Parlimen kawasan itu terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.



1 comment:

  1. APA TUNGGU AGI MANA2 CALON YG PENAH DITOLAK NGAN SEBAB NI BOLE LA FAILKAN SAMMMMMANNNNNNN

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...