Thursday, 26 May 2016

Penyokong PAS Pasti Gembira Dengan Pendedahan Ini

Penyokong PAS pasti gembira dengan pendedahan ini. Di saat UMNO serta Pakatan Harapan (PH) berdepan isu dalaman masing-masing, PAS terus kukuh menjelang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan depan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana parti itu mempunyai dasar perjuangan yang kukuh dan ahli berdisplin.

Penyokong PAS pasti gembira dengan pendedahan ini.  Tambahan katanya, “pemimpin-pemimpin bermasalah” sudah keluar daripada parti Islam itu selepas Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Muktamar tahun lalu.

“Orang bermasalah sudah keluar dan PAS menjadi lebih berdisiplin dan kuat,” katanya merujuk sejumlah tokoh PAS yang tewas pada Pemilihan AJK PAS Pusat pada Jun 2015 bertindak keluar parti dan menubuhkan AMANAH.

Beliau berkata, DAP juga mempunyai masalah sendiri, seperti peletakan jawatan ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang DUN Johor pada Oktober tahun lalu serta usaha berterusan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu membawa usul mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Penyokong PAS pasti gembira dengan pendedahan ini


“Parti lain (pula) bercempera. UMNO berpecah belah sehingga terpaksa pecat Timbalan Presiden dan Naib Presiden. PRK juga begitu – surat dari jeriji besi ada yang kata sah, ada yang kata tidak sah. Berlaku perbezaan pendapat dan serang-menyerang,” katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin pada program ceramah perdana ‘Road to PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar’ di markas PAS Taman Melewar malam tadi.

Ini adalah ceramah perdana sulung PAS menjelang dua PRK itu pada 18 Jun ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijadualkan memberi ucapan, dibatalkan pada saat-saat akhir.

Melaungkan sentimen sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata, dengan masalah yang dihadapi UMNO dan PH, PAS bakal memainkan peranan penentu dalam politik negara.

Penyokong PAS pasti gembira dengan pendedahan ini.“UMNO dan (parti komponen) Pakatan Harapan berhadapan masalah, maka PAS bakal menjadi penentu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pengukur yang akan mencorakkan PRU itu nanti. Sebab itu kita perlu memberikan komitmen terbaik, kerana kemenangan (PAS) akan mempengaruhi landskap politik negara,” katanya.



1 comment:

  1. Nak kata Pas tidak ada cerdik pandai tak juga.Tapi masih ada suara2 spt org yg jahil dlm politik di dlm Pas.
    Kalau pertandingan 3 penjuru antara BN-Pas-Amanah jadi realiti.siapa menang saya tak pasti.Yang pastinya Amanah akan mendpt undi lebih besar dari Pas.
    Persoalan yg timbul:
    Adakah Pas boleh menerima hakikat ini?
    Pucuk pimpinan Pas tahu senario ini.Tp kenapa masih nak bertanding?
    Adakah Pas nak memecah undi utk memenangkan BN kerana telah memakan dedak?
    Saya sedih melihat keadaan ini berlaku.senario ini tidak akan berlaku seandainya Almarhum TGNA masih ada.
    Besar ujian Allah kepada kita.Sma2lah kita berdoa.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...