Saturday, 21 May 2016

Penjawat Awam Terima Berita Gembira?

Penjawat Awam terima berita gembira? Semak semula elaun dalam perkhidmatan awam! Itu gesaan yang disampaikan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan Persekutuan terhadap 231 jenis elaun dalam perkhidmatan awam.

Justeru, Presidennya Datuk Azih Muda berharap kerajaan dapat menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dan semakan terhadap elaun itu boleh dilakukan selepas rasionalisasi 252 skim perkhidmatan dilaksanakan kerajaan.

Penjawat Awam terima berita gembira? “Terdapat 231 jenis elaun yang telah diwujudkan untuk perkhidmatan awam, namun ada antaranya telah lebih 15 tahun tidak dikaji termasuk elaun-elaun yang sangat kritikal.

“Kami minta supaya pasukan yang baharu diwujudkan untuk kami memulakan kajian berkaitan dengan keperluan elaun-elaun berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tritahunan Perwakilan CUEPACS Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong, lapor Bernama.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Setiausaha Agung CUEPACS Datuk Lok Yim Pheng dan Pengerusi Cuepacs Kelantan Aminuddin Awang.

Penjawat Awam terima berita gembira?

Bulan lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dilaporkan sebagai berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyempurnakan proses penambahbaikan 252 skim perkhidmatan sedia ada di bawah langkah rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pada masa yang sama, Azih juga berharap kerajaan duduk semeja dengan kesatuan bagi membincangkan secara komprehensif terhadap beberapa kecacatan yang ada di dalam pelan rasionalisasi skim perkhidmatan.

“Kita tak nak perkara ini berlaku dalam kerangka yang lain kerana kita tahu anggota perkhidmatan awam ada yang guna sama, ada yang bukan guna sama, dan kalau kita mungkin melihat kepada satu pihak, mungkin pihak yang satu lagi tak puas hati juga. 

Ini penting kalau kerajaan nak melihat keharmonian dalam perusahaan di peringkat negara kita nak dikekalkan,” katanya.

Penjawat Awam terima berita gembira? Dalam pada itu, Azih juga mendesak agar kerajaan tidak membekukan perjawatan yang ditinggalkan kosong oleh penyandang terdahulu, dapat diisi dengan secepat mungkin bagi mengelak anggota mahupun pegawai di sesebuah agensi terbeban dengan tugasan mereka.

“(Perkara ini) akhirnya memberi tekanan kepada anggota-anggota kami di seluruh negara kerana mereka bekerja dalam keadaan tenaga kerja yang tidak mencukupi, dan ini akan memberi ruang kepada golongan muda dan pencari-pencari kerja untuk memasuki perkhidmatan awam,” katanya.


1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...