Friday, 6 May 2016

Penjawat Awam Rehat 30 Minit Pada Bulan Puasa

Penjawat Awam rehat 30 minit pada Bulan Puasa. utrajaya akan mempertimbangkan cadangan mengurangkan waktu rehat makan tengah hari kepada 30 minit sepanjang Ramadan bagi membolehkan kakitangannya yang beragama Islam pulang ke rumah lebih awal untuk menyediakan persiapan berbuka puasa.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata beliau akan membawa cadangan itu kepada Kabinet untuk dipertimbangkan dan ia hanya dikuatkuasakan pada bulan puasa.

“Jika cadangan itu diterima, waktu rehat makan tengah hari di jabatan kerajaan persekutuan, agensi dan jabatan kerajaan ialah 30 minit pada bulan puasa, bukan sejam,” katanya.

Penjawat Awam rehat 30 minit pada Bulan Puasa

Star Online melaporkan Ali yang juga pro canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berkata operasi di semua pejabat kerajaan tidak akan terjejas susulan langkah yang diambil itu.

Katanya, Putrajaya selama ini mengamalkan tiga waktu bekerja yang fleksibel di mana kakitangannya boleh memilih waktu kerja masing-masing.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...