Tuesday, 3 May 2016

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Yang Hilang Dijumpai Di Miri

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan yang hilang dijumpai di Miri. Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zaidi Yazid yang dilaporkan hilang sejak 30 April lalu kini telah dijumpai.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak perempuannya, Zaheera Zaidi yang menyatakan bapanya berjaya di kesan di Miri, Sarawak dan dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah, berjaya di kesan di Miri, Sarawak. Keadaan stabil,” kongsinya di laman sosial Facebook, hari ini.

Zahera bagaiamanapun menjelaskan sehingga kini masih belum mendapat tahu situasi sebenar bagaimana bapanya yang dikatakan hendak tidur di INTAN Bukit Kiara boleh dikesan di Miri.

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan yang hilang dijumpai di Miri. “Later (kemudian) saya akan update (memperbaharui) jika ada info (maklumat). Saya juga belum dapat detail (perincian) cerita sebenar. Terima kasih jasa baik kawan-kawan bantu saya share (kongsi) di fb (Facebook),” katanya.

Sebelum ini Zaidi dikatakan keluar dari rumahnya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi pada jam enam petang, 30 April dengan alasan mahu tidur di INTAN Bukit Kiara.

Kehilangan Zaidi itu turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang maklum mengenai kebimbangan keluarganya.





2 comments:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...