Friday, 27 May 2016

Pendedahan Menggemparkan Dari PKR

Pendedahan menggemparkan dari PKR. Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebelum ini mengakui akan mendedahkan perihal rasuah seks yang didakwa menjadi amalan dalam kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Rafizi yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berbuat demikian kerana mahu pimpinan parti lebih peka terhadap skandal rasuah dan salah laku melibatkan anggota PKR.

Pendedahan menggemparkan dari PKR. Tambahnya, beliau akan menyerahkan segala maklumat tentang gejala rasuah seks tersebut kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.

Mesyuarat Biro Politik PKR Selasa lalu bagaimana pun memutuskan agar Rafizi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan itu.

Wan Azizah berkata, Biro Politik PKR memandang serius pendedahan yang dibuat Rafizi menerusi perbualannya dalam kumpulan WhatsApp baru-baru ini mengenai habuan berkenaan.

“Berkaitan dakwaan Rafizi, Biro Politik PKR sudah membuat ketetapan beliau perlu membawa bukti-bukti yang ada terus kepada SPRM.


Pendedahan menggemparkan dari PKR


“Pada masa sama Biro Politik PKR akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya melibatkan ahli parti, ahli terbabit akan dihadap ke Jawatankuasa Disiplin,” katanya yang ditemani anaknya, Nurul Izzah Anwar di Ibu Pejabat PKR pada malam Selasa.

Walau bagaimanapun, Rafizi yang sepatutnya menyerahkan bukti serta membuat perdedahan tersebut dilaporkan telah menghilangkan diri sejak dua hari lalu dan tidak dapat dikesan walaupun sudah beberapa kali dihubungi oleh wartawan.

Akaun Twitter miliknya juga tidak dikemaskini selama dua hari sejak 23 Mei lalu sedangkan jika dilihat kepada kebiasaannya, beliau mengemaskini akaun tersebut selang beberapa jam setiap hari.

Pendedahan menggemparkan dari PKR


Namun melalui akaun Facebook miliknya hari ini, Rafizi mengeluarkan kenyataan pada pukul 12.20 tengah hari tadi bahawa beliau akan ke pejabat SPRM 30 Mei ini dan membawa segala aduan yang ada bersamanya agar siasatan boleh dimulakan.

“Presiden bersama-sama Biro Politik mengarahkan saya membawa terus semua aduan ke SPRM agar siasatan telus boleh dimulakan,” ujarnya.

Pendedahan menggemparkan dari PKR. Menurutnya, beliau memilih untuk tidak hadir ke mesyuarat Selasa lepas kerana beliau merupakan pihak yang berkepentingan dalam isu tersebut maka adalah lebih baik keputusan dibuat tanpa kehadirannya.




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...