Wednesday, 11 May 2016

Pemimpin DAP Menyesal Dengan Tragedi PRN Sarawak

Pemimpin DAP menyesal dengan tragedi PRN Sarawak. Seorang pemimpin DAP mengesali perkataan-perkataan yang digunakan oleh Hew Kuan Yau semasa berkempen untuk Abdul Aziz Isa dalam pilihan raya negeri Sarawak kerana DAP tidak berniat membakar sentimen perkauman.

Bercakap kepada FMT, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata beliau faham mesej yang cuba disampaikan oleh aktivis Roket itu, cuma tidak bersetuju dengan bagaimana ia disampaikan.

“Walaupun dia tidak bermaksud untuk mengatakan yang Aziz akan ‘screw’ (henjut) semua Melayu, sepatutnya dia lebih cerdik bila berucap.

“Di masa hadapan, saya harap semua pimpinan kita lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan, terutamanya pada zaman teknologi hari ini.”

Pemimpin DAP menyesal dengan tragedi PRN Sarawak. Kuan Yau, yang lebih dikenali dengan gelaran “Superman” kerana sering dilihat mengayakan lambang adiwira itu, mengundang kecaman orang-ramai selepas video ucapannya yang disifatkan sebagai rasis tersebar di ruang maya.

Aktivis DAP itu dilihat berucap dalam bahasa Mandarin. Ia disiarkan melalui Skype untuk kemudahan pengundi Sarawak.

Sari kata yang dipaparkan bagaimanapun memetik beliau sebagai menyeru pengundi supaya mengundi calon DAP Batu Kitang, iaitu Aziz supaya dia boleh ‘screw’ (henjut) orang Melayu.

Kuan Yau telah menafikan pernah mengucapkan perkataan-perkataan seperti itu dan menuduh askar siber UMNO memutarbelitkan sari kata ucapan itu supaya dia kelihatan seperti seorang rasis.

Dia turut mendakwa askar siber UMNO menggantikan “PBB” dengan “Melayu”.

Aziz bingkas pertahan Kuan Yau, dengan mendakwa ucapan itu telah disalahtafsir dan menjelaskan bahawa Kuan Yau sebenarnya membidas pemimpin-pemimpin Melayu yang korup.

“Dia tidak kata saya akan ‘screw’ orang Melayu. Dia kata saya akan ‘screw’ pemimpin-pemimpin Melayu yang korup.

Pemimpin DAP menyesal dengan tragedi PRN Sarawak

“Mereka (penyokong BN) menjadikan video ini viral bagi menutup isu seperti 1MDB, GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan memainkan sentimen perkauman menuju pilihan raya kecil akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Petikan daripada kenyataan Kuan Yau disiarkan kepada umum melalui Facebook milik “Lim Sian See”.

Ia kemudiannya dimuatnaik oleh Raja Petra Kamaruddin, yang menghebahkannya melalui makalah bertajuk “Undi DAP supaya kita boleh ‘screw’ orang Melayu”, lapor FMT.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...