Tuesday, 17 May 2016

Pemimpin Blok Pembangkang Bertelagah Kerana PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar

Pemimpin blok pembangkang bertelagah kerana PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Bekas pengerusi Bersih Datuk S Ambiga menolak tanggapan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan pembangkang hilang pertimbangan apabila sanggup menyokong PAS dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk menewaskan BN.

Ambiga berkata sokongan tersebut demi memastikan pertembungan satu lawan satu bagi menewaskan BN.

“Bagi saya tidak penting parti mana yang bertanding, walaupun secara tradisinya PAS yang meletakkan calonnya di dua kerusi itu.

“Sesiapa saja yang bertanding, sama ada PAS, PKR atau parti mana sekalipun, ia haruslah satu lawan satu. Itu saja yang kami tekankan,” katanya ketika ditemui dalam satu acara di sini semalam.

Zaid dalam satu tulisan di blognya semalam turut menyifatkan sokongan ditunjukkan tokoh pembangkang seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Ambiga kepada PAS sebagai ‘bodoh’ dan ‘sia-sia’.

Pemimpin blok pembangkang bertelagah kerana PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar

Beliau berkata, tokoh pembangkang ini terlalu dikuasai rasa kebencian terhadap BN, sehingga sanggup menyokong PAS yang disifatkannya sebagai “tidak lebih baik daripada BN”.

Ambiga berkata ia taktik untuk mengalahkan BN, bukan memenangkan PAS.

“Kedua-duanya berbeza, fahamkannya,” kata peguam itu.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...