Friday, 13 May 2016

Pembantu ADUN Tras Bunuh Diri Dengan Bakar Arang Batu

Pembantu ADUN Tras Bunuh diri dengan bakar Arang Batu. Pembantu peribadi ADUN Tras, Choong Siew Onn bertindak membakar arang batu dan membunuh diri semalam.

Mangsa turut meninggalkan satu nota bunuh diri.

Pembantu wakil rakyat DAP itu dipercayai telah mati melebihi 24 jam, selepas mayatnya ditemui terlantar di atas katil dan sudah berbau, berwarna hitam serta kembung.

Seorang ahli DAP mendedahkan, wanita berusia 33 tahun itu tinggal di sebuah bilik yang terletak di bahagian belakang pusat khidmat ADUN Tras.

Pembantu ADUN Tras Bunuh diri dengan bakar Arang Batu. Kejadian itu hanya disedari mereka selepas Siew Onn yang masih berada di luar kawasan bertindak menghubungi pusat khidmatnya, tetapi mangsa tidak menjawab panggilan itu.

Beliau kemudiannya meminta ahli parti memeriksa keadaan mangsa di pusat khidmat itu dan setibanya di sana, mereka terhidu bau busuk yang kuat dari bilik mangsa.

Punca mangsa membunuh diri masih tidak diketahui.

Ibu mangsa yang berusia 59 tahun ketika dihubungi akhbar berbahasa Cina itu memberitahu, selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, beliau bergegas ke tempat kejadian.

Pembantu ADUN Tras Bunuh diri dengan bakar Arang Batu

Setibanya di sana, beliau ternampak abu arang yang dibakar dalam sebuah tong kecil, selain satu botol bir dan muntahan anaknya.

Sehubungan itu, beliau mengesyaki anaknya membakar arang untuk membunuh diri.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...