Thursday, 19 May 2016

Pejabat MB Selangor Nafi Kenyataan Berbaur Ugutan Pada PAS

Pejabat MB Selangor nafi kenyataan berbaur ugutan pada PAS. Pejabat Menteri Besar Selangor dan pemimpin PKR menolak laporan berita menyatakan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mengeluarkan kata dua kepada PAS untuk tidak bertanding di PRK Sungai Besar.

Dalam laporan di Malay mail Online, sumber di Pejabat MB berkata Azmin juga konsisten dalam menyokong hubungan membina dengan PAS.

Exco PKR Elizabeth Wong dan Naib Presiden PKR Tian Chua juga menolak laporan itu.

Pejabat MB Selangor nafi kenyataan berbaur ugutan pada PAS. Tian Chua berkata PKR masih dalam perbincangan dengan PAS berhubung siapa yang akan mengambil kerusi itu.

Terdahulu hari ini, The Star Online melaporkan Azmin memberitahu tiga exco PAS Selangor mereka perlu meletak jawatan pada Isnin ini jika PAS masih berdegil dengan keputusan mereka untuk bertanding di PRK Sungai Besar.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata pihaknya sudah menjelaskan kepada PAS bahawa partinya mahu kerusi itu kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina, tidak seperti PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.

Pejabat MB Selangor nafi kenyataan berbaur ugutan pada PAS

Bagaimanapun, The Star Online berkata menurut sumber PAS Selangor, parti Islam itu berpegang kepada keputusannya untuk bertanding di Sungai Besar.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijadualkan dijalankan serentak pada 18 Jun, susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, awal bulan ini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...