Friday, 27 May 2016

Pegawai Sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) Dikesan?

Pegawai Sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) Dikesan? Pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang disyaki mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang kerja.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sakib Kusmi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti jumlah petugas jabatan itu yang terbabit.

Pegawai Sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) Dikesan? “Kita akan melihat seberat mana kesalahan dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap mereka ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kira-kira 100 individu termasuk pegawai Jabatan Imigresen disiasat kerana disyaki terbabit dalam mensabotaj pelaksanaan Sistem myIMMs.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pertugas Jabatan Imigresen yang disiasat terdiri daripada pegawai pertengahan dan kakitangan sokongan yang berkhidmat antara satu dan lima tahun.

Pegawai Sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) Dikesan?


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu Jabatan Imigresen mempertingkatkan kawalan di pintu masuk negara sehingga myIMMs ditambahbaik. .

“Kita akan bantu Imigresen ketatkan kawalan di pintu masuk negara manakala risikan akan dipertingkatkan,” katanya yang enggan mengulas lanjut apabila ditanya kemungkinan terdapat warga asing yang dikehendaki telah menyelinap masuk ke dalam negara ini.

“Biar kita siasat puncanya dahulu,” katanya.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1, menyatakan sistem myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Pegawai Sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) Dikesan? Menurut laporan itu, kemudahan biometrik myIMMs bernilai RM10.3 juta telah dibekalkan dan dibayar, tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga rakyat Malaysia.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...