Tuesday, 31 May 2016

Pawagam Pertama Di Kelantan?

Pawagam pertama di Kelantan? Kaki wayang di negeri ini mula bercakap mengenai panggung wayang yang dijangka dibuka di pusat beli-belah KB Mall di sini, tetapi masih banyak yang belum dapat dipastikan.

Laman web rasmi pusat beli-belah itu memuat naik di Facebook mengenai pawagam Paragon, dengan lapan skrin akan mula beroperasi Julai depan, lengkap dengan gambar outlet yang dicadangkan.

Pawagam pertama di Kelantan? Bagaimanapun, media tempatan memetik EXCO Kelantan Abdul Fattah Mahmood sebagai berkata bulan lalu beliau belum menerima sebarang permohonan daripada syarikat pengendali pawagam itu.

Sebelum ini, beliau berkata kerajaan negeri Kelantan terbuka dengan idea mempunyai pawagam di negeri itu.

Katanya, mereka bersedia untuk meluluskan pembinaan pawagam dengan syarat pengendali sanggup mematuhi semua syarat ketat yang diberikan pihak berkuasa Kelantan.

Pawagam pertama di Kelantan? 


Antara syaratnya ialah pawagam tidak boleh dibuka pada bulan Ramadan, dan tidak boleh beroperasi sebelah malam ketika waktu solat.

Syarat lain ialah lelaki dan perempuan perlu duduk berasingan dan ada lampu yang dinyalakan, lapor media tempatan.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...