Thursday, 5 May 2016

Patutlah Seorang Datuk Maki Polis.. Ini Puncanya

Patutlah seorang Datuk maki Polis.. ini puncanya. Dua lelaki ditahan gara-gara memarahi polis di dalam balai polis pagi semalam. China Press melaporkan, suspek pertama yang berpangkat ‘Datuk’ itu disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan dikehendaki pergi ke balai polis untuk menjalani ujian alkohol.

Bagaimanapun, setibanya di balai polis, suspek enggan memberi kerjasama kepada polis dan tidak mahu menyerahkan kunci kereta mahupun kad pengenalannya.

Bukan itu sahaja, lelaki berbangsa Cina itu turut memarahi polis bodoh, menyebabkan dia ditahan dalam Balai Polis Trafik Jalan Bandar, pada jam 4.40 pagi.

Difahamkan, lelaki berusia 50 tahun yang memandu sebuah kereta Mercedes-Benz itu ditahan ketika dia melalui satu sekatan jalan di ibu kota, kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Patutlah seorang Datuk maki Polis.. ini puncanya. Menurut sumber yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu, pemandu kereta mewah itu bukan sahaja enggan menyerahkan kunci kereta dan kad pengenalannya, malah suspek juga bertindak mempersoalkan kuasa anggota polis untuk mengarahkannya menyerahkan kunci keretanya, sebelum dia memaki polis bodoh.

Dalam kes berasingan, seorang remaja Cina berusia 21 tahun juga ditahan dan dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian alkohol.

Bagaimanapun, pemuda itu mahu memandu kenderaan Estimanya ke balai polis, dengan alasan ia adalah kenderaan mewah dan mahal.

Patutlah seorang Datuk maki Polis.. ini puncanya. Seorang lelaki berusia 34 tahun yang bersama pemuda terbabit turut bergegas ke balai polis dan mempersoalkan kenapa polis menahan majikannya.

Lelaki berkenaan kemudiannya ditahan polis, kerana menggunakan bahasa kasar untuk memarahi polis.




3 comments:

  1. Ini negara dema bro. Kita cuma mentadbir saja.

    ReplyDelete
  2. kalau dah 'datok' tu membeli seberapa ramai pegawai atasan polis maka bila polis bawahan yang menjalan tugaslah yang menjadi bahan makian., sebab 'datok' tu dah jadi 'bapak angkat' kepada pegawai-pegawai kanan sebab tu lah dia menjadi terlebih berani dan terlebih kurang ajar.., yang menjadi mangsa (sedangkan mereka menjalankan tugas yang diarahkan oleh 'anak angkat' datok tu ) adalah polis bawahan yang takde pangkat., dan diorang lah yang menjadi mangsa bila Jabatan Polis di kutuk oleh orang awam, saya orang biasa tetapi berjiran juga dengan beberapa orang polis, kesian juga kalau yang terkena tu jiran-jiran saya

    ReplyDelete
  3. tak de ke penyokong-penyokong PAN yang berani memberi komen bab ni..? sampai bila nak jadi mangsa kepada bangsa-bangsa laknat tu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...