Wednesday, 25 May 2016

Patutlah PAS Mahu Bertanding di 2 PRK.. Ini Sebabnya?

Patutlah PAS mahu bertanding di 2 PRK.. ini sebabnya? Pendirian Pas yang menyertai pilihan raya untuk mendapat keredaan Allah sebenarnya untuk melunakkan dan memainkan sentimen ahli parti itu sahaja, tegas Ketua Pegawai Eksekutif, Ilham Centre, Hisommudin Bakar. 

Menurutnya, kenyataan Pas itu gagal meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka sebaliknya hanya bagi memastikan supaya ahli parti tersebut tidak beralih kepada parti pesaing utama mereka, Amanah. 

Patutlah PAS mahu bertanding di 2 PRK.. ini sebabnya? “Kenyataan (Pas) itu tidak serius untuk menentang BN. Sikap Pas hanya memecah ombak dan juga gelombang yang dibina oleh pakatan pembangkang untuk meraih lebih banyak undi,” ujarnya dipetik dalam satu program bual bicara di Astro Awani malam tadi. 

Mengulas lanjut pertembungan Pas dan Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Jun depan, beliau menyifatkan Pakatan Harapan terpaksa berdepan senario kepimpinan Pas pada masa ini. 

“Sebab itu Pakatan Harapan tidak boleh membiarkan hanya PAS berdepan dengan BN. Pakatan Harapan terpaksa menyusun strategi mereka untuk meraih sokongan terbanyak supaya beralih daripada parti yang tidak serius untuk menang (Pas) kepada Pakatan Harapan yang lebih serius (menentang BN dan memenangi pilhan raya),” jelasnya ketika ditemubual perantara, Nazri Kahar

Patutlah PAS mahu bertanding di 2 PRK.. ini sebabnya?


Pas selesa ditanya mengenai dakwaan Pas kononnya kedua-dua kerusi Parlimen itu sebagai kerusi tradisi parti itu, Hisommudin menganggap Pas begitu selesa dengan pendiriannya untuk berdepan dengan BN walaupun tanpa Pakatan Harapan. 

“Hakikatnya, selepas perpecahan Pas pada muktamar (tahun) lepas, Pas kena melihat penggerak, aktivis dan jentera pilihan raya sebenarnya telah beralih kepada parti Amanah terutamanya di Selangor. 

Amanah bakal pilihan rakyat Malaysia yang cintakan Islam “Walaupun Amanah satu jenama baru, Pas perlu melihat keupayaan ini sebab undi yang diperoleh sebanyak 43 peratus pada PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang diperoleh daripada pengundi Melayu lalu sudah tentu akan berpecah lagi. 

Pas hanya dapat 18 peratus. Bagi saya tidak mungkin Pas boleh mengambil undi 43 peratus itu,” katanya. 

Patutlah PAS mahu bertanding di 2 PRK.. ini sebabnya?


Menjawab tentang kesan jika Pas gagal untuk berunding dengan Amanah atau Pakatan Harapan berhubung penentuan calon bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beliau berpendapat Pas mustahil untuk menang dalam keadaan tiga penjuru walaupun parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mendakwa mempunyai jentera pilihan raya yang terbaik. 

Selain itu, Hisommudin turut menyebut corak pengundian berbeza antara Kuala Kangsar dan Sungai Besar walaupun kedua-dua kawasan Parlimen terbabit boleh dianggap kawasan tradisi pengundi Melayu.

“Terdapat 66 peratus pengundi Melayu di Sungai Besar dan 68 peratus (pengundi) Melayu di Kuala Kangsar. 

Corak pengundian mereka berbeza. Di Sungai Besar, pengaruh Pakatan Rakyat dan sekarang Pakatan Harapan lebih besar. 

Patutlah PAS mahu bertanding di 2 PRK.. ini sebabnya? “Trend di Kuala Kangsar agak berbeza kerana gelombang dan isu seolah-olah terlindung di sebalik bukit dengan isu tempatan lebih mendapat perhatian berbanding isu nasional. 

“Berbanding Sungai Besar, isu nasional yang menjadi liabiliti kepada BN seperti GST (cukai barang dan perkhidmatan), 1MDB (1Malaysia Development Berhad) adalah kelebihan kepada mereka (pembangkang) tetapi tetap akan berlaku perpecahan undi Melayu, maka sudah tentulah berpihak kepada BN,” tambahnya lagi dalam program bual bicara hampir 25 minit itu, lapor Malaysia Dateline.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...