Wednesday, 4 May 2016

Patutlah Kes Bunuh Menggunakan Pembunuh Upahan Meningkat.. Ini Sebabnya

Patutlah kes bunuh menggunakan pembunuh upahan meningkat.. ini sebabnya. Upah semurah RM5 ribu bagi satu misi pembunuhan oleh pembunuh amatur punca jenayah assasin meningkat.

Malah, kes begini diburukkan lagi dengan sentimen cemburu buta akibat krisis cinta tiga segi yang turut menyumbang pada trend penggunaan assasin bagi menghapuskan saingan cinta.

“Dulu era pembunuh upahan hanya fokus kepada kes jenayah berprofil tinggi, tapi kemunculan pembunuh amatur menyebab jenayah kategori ini makin menakutkan,” kata Pakar Kriminologi, Datuk Akbar Satar.

Dalam temubual live secara eksklusif dalam program Assalamualaikum TV Al Hijrah pagi tadi, Datuk Akbar juga mendedah, kos upah assasin bagi penjenayah profesional mencecah RM100 ribu.

“Pembunuh profesional mengenakan caj mencecah RM100 ribu. Modus Operandi mereka licik dan sukar dijejak,” jelasnya ketika diminta mengupas trend kejadian pembunuhan di negara ini.

Patutlah kes bunuh menggunakan pembunuh upahan meningkat.. ini sebabnya. Namun katanya, kemunculan pembunuh amatur dengan caj yang murah menyebabkan ramai yang memilih khidmat pembunuh amatur.

“Selain tahap pembunuh upahan yang bersifat amatur, kecekapan polis dalam bertindak balas turut menyumbang pada kepantasan memberkas penjenayah kategori ini,” jelasnya.

Sikap pembunuh upahan yang melaksanakan kerja jenayah secara rambang terutama menyerang mangsa di kedai kopi dan persimpangan jalan, jelas menggambarkan sikap semberono.

“Pembunuh amatur popular di kalangan pelanggan yang terdesak akibat tekanan rasa cemburu atau krisis cinta tiga segi,” jelas Datuk Akbar.

Walaupun wujud kebimbangan, jelas Datuk Akbar, peratusan menunjukkan wujudnya penurunan kerana tahap kecekapan polis dalam menangani kes-kes begini sangat membanggakan.

“Jenayah turun 40 peratus secara keseluruhan. Namun secara purata masih sekitar 498 kes setahun,” katanya.

Datuk Akbar dijemput sebagai panel segmen Analisis Jenayah & Femonena Assasin dalam program Assalamualaikum hari ini.

Patutlah kes bunuh menggunakan pembunuh upahan meningkat.. ini sebabnya. Pembunuh upahan amatur biasanya pergi ke selatan Thailand untuk mendapatkan senjata api yang diseludup masuk melalui sempadan di sepanjang Sungai Golok, atau menyewa senjata semurah RM500 dari kumpulan penjenayah lain.

“Pembunuh amatur ini biasanya penjenayah warga tempatan,” katanya.

Di negara ini, menurut Datuk Akbar, tiada kajian khusus ditumpukan pada trend jenayah assasin ini.

“Selalunya mereka dapat ditangkap. Sikap tidak profesional menjadikan mereka mudah dikesan. Malah, kebijaksanaan polis turut menjadi faktor penjenayah berjaya dijejak,” jelasnya.

Bagi penonton yang berminat untuk terus mengikuti pelbagai pendedahan mengenai kes-kes jenayah, sentiasalah bersama Assalamualaikum setiap 8 hingga 10.30 pagi di TV Al Hijrah.




1 comment:

  1. itu kau cakap tapi penjenayah cakap lain.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...