Thursday, 12 May 2016

PAS Terima Kejutan Menjelang PRK Sungai Baru Dan PRK Kuala Kangsar?

PAS terima kejutan menjelang PRK Sungai Baru Dan PRK Kuala Kangsar? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya telah mengambil maklum tentang perkara ini.

"PAS Kedah telah mengambil maklum tentang peletakan jawatan Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah.

"Beliau kekal memegang jawatan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Pengerusi Pembangunan Kompleks PAS Kedah dan beberapa entiti lain yang diberi tanggungjawab ke atasnya oleh Badan Perhubungan PAS negeri," katanya dalam kenyataan, malam Rabu.

Katanya, pentadbiran PAS Kuala Kedah berjalan seperti biasa dengan tugas-tugas dilaksana oleh pemangku jawatan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan parti.

"Beliau (Amiruddin) kekal beristiqamah  dan terus memberi khidmat kepada PAS," katanya.

PAS terima kejutan menjelang PRK Sungai Baru Dan PRK Kuala Kangsar?

Beliau juga menyeru semua ahli PAS Kedah agar terus fokus terhadap kerja-kerja mendekati rakyat serta memperjuangkan hak-hak mereka dengan penuh dedikasi.

Sementara itu, dilaporkan bahawa surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada setiausaha PAS kawasan pada 9 Mei lalu.

Amiruddin dilaporkan berkata, peletakan jawatan ini tidak ada kaitan dengan cadangan untuk melompat ke mana-mana parti politik dan beliau akan terus menjadi ahli PAS, lapor mStar.

Untuk pembetulan, PJ Kedah ialah Dato' Ir. Amiruddin Hamzah sendiri.. rujuk sini.

1 comment:

  1. Bahana PAS pecat Husam Musa... lepas ni, ramai lagi bakal menyusul..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...