Tuesday, 31 May 2016

PAS Tarik Balik Kerusi PKR Dan DAP?

PAS Tarik Balik Kerusi PKR Dan DAP? Selepas berjaya menyingkirkan kumpulan ‘progresif’ yang menentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pemilihan lepas, parti Islam tampil dengan semangat baru pada muktamar kali ini.

Mengukuhkan aspirasi untuk menggantikan UMNO sebagai parti majoriti Melayu-Islam yang disegani, semangat ditunjukkan dalam Muktamar Pemuda PAS ke-57 menerusi ucaptama ketua sayap pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

PAS Tarik Balik Kerusi PKR Dan DAP? “Besarlah hasrat dan hajat Pemuda PAS agar pucuk pimpinan parti mengkaji semula agihan kerusi Parlimen dan DUN yang bakal ditandingi PAS dalam PRU-14 akan datang,” katanya memulakan bicara mengukuhkan kedudukan PAS menghadapi cabaran PKR, DAP dan BN.

Ucapannya ditandai dengan kewaspadaan terhadap kerjasama dengan parti-parti lain, seraya menunjukkan PAS tidak mahu melupakan layanan parti-parti sepakatan dahulu terhadap mereka.

“Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran dimana tenaga ahli kita yang ikhlas dan patuh pada arahan pimpinan diperguna oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian ditinggalkan begitu sahaja.

PAS disaran tarik balik kerusi yang diberi pada PKR, DAP


“Justeru sekiranya pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini dipinjamkan kepada PKR dan DAP dalam PRU yang lepas, kami Pemuda PAS memberi ikrar dan janji akan mengambil seribu satu langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS,” kata Nik Abduh.

Majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) tampak berbeza apabila tetamu-tetamu kehormat tampil dengan pakaian tradisional Melayu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang hadir sebagai perasmi majlis menggayakan baju Melayu Pahang warna hijau bersama jaket, tengkolok dan sampin warna sepadan, dan keris tersemat.

Kepada perwakilan pemuda yang hadir, Nik Abduh menegaskan komitmen mempertahankan kepimpinan ulama yang dirintis pimpinan terdahulu.

“Gagasan ini bukanlah gagasan bermusim, ia merupakan tunjang yang menjaga dasar perjuangan PAS selama ini dan menentukan halatuju serta prospek masa depan PAS.

PAS Tarik Balik Kerusi PKR Dan DAP? “Kepimpinan ulama adalah DNA yang menjadikan PAS sebuah gerakan Islam yang unik dan istimewa dibandingkan gerakan Islam yang lain pada mata para pengkaji hari ini,” katanya.

Penegasan itu dipercayai merujuk kepada serpihan pimpinan dan ahli PAS yang membentuk AMANAH. Serpihan itu membentuk kerjasama dengan PKR dan DAP menerusi Pakatan Harapan.

PAS dan Pakatan Harapan dijangka bertembung dalam PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.



1 comment:

  1. Tengok Timbalan Presiden dan Pimpinan Pemuda Pas teringat aku kat filem Musang Berjanggut arahan Tan Sri P.Ramlee.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...