Saturday, 7 May 2016

Operasi SAR Helikopter Terhempas Beralih Ke Lingga

Operasi SAR Helikopter terhempas beralih ke Lingga. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada anggota pelbagai agensi kini sedang mencari empat lagi penumpang dan juruterbang, serta bangkai utama helikopter jenis Eurocopter AS350.

Jasad Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang Khamis.

Jasad mangsa dijumpai pada tengah hari semalam kira-kira 15km dari jeti Sebuyau, kawasan di mana serpihan helikopter itu ditemukan berhampiran Sungai Batang Lupar, sebelum ini.

Operasi SAR Helikopter terhempas beralih ke Lingga. Noriah dan rombongannya berlepas dari Betong pada 4.12 petang hari Khamis, menghala ke Kuching sebelum nahas itu berlaku. Mereka sepatutnya tiba di Kuching kira-kira 5 petang.

Selain Noriah, suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), turut menaiki helikopter malang itu.

Turut berada dalam pesawat itu ialah Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun. Juruterbangnya ialah warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Operasi SAR Helikopter terhempas beralih ke Lingga

Noriah berada di Betong untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan kementeriannya semasa pilihan raya negeri itu.

Sementara itu, misi SAR kini beralih dari kawasan Sebuyau ke Lingga, kira-kira 30km dari Sebuyau.

Ini kerana, lokasi itu dipercayai lebih dekat dengan lokasi tragedi berdasarkan penemuan mayat Noriah dan serpihan helikopter itu, lapor Malaysiakini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...