Wednesday, 18 May 2016

Najib Dimalukan Lagi

Najib dimalukan lagi. Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diraikan pada persidangan pelaburan berprestij di Sekretariat Komanwel di London, penyiar UK, Channel 4 mempersoalkan kehadiran pemimpin yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya tujuh siasatan antarabangsa berkaitan rasuah.

Najib menyampaikan ucaptama di Pameran Pelabur Malaysia-UK yang dianjurkan bersama oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Majlis Perusahaan dan Pelaburan Komanwel.

Segmen berita Channel 4, yang mana wartawannya dihalang menemubual Najib semasa pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini selepas bertanya mengenai 1MDB, mengulangi dakwaan rasuah terhadap Najib dan mempersoalkan mengapa perdana menteri Malaysia itu perlu menjadi hos di bangunan Komanwel.

Najib dimalukan lagi. Menurut segmen berita itu, Channel 4 juga tidak dibenarkan masuk ke persidangan pelaburan itu walaupun membuat permintaan berulang kali kepada pihak penganjur.

Pada awal Mei lalu, seorang wartawan Channel 4 dan jurukameranya dihalang daripada membuat liputan terhadap Najib selepas pilihan raya Sarawak apabila mereka cuba untuk menanya Najib tentang jutaan ringgit dalam akaun peribadinya.

Tetapi pegawai-pegawai UK yang bercakap kepada wartawan Channel 4 seolah-olah bimbang dengan tuduhan terhadap Najib, dengan mengatakan bahawa hubungan yang sah dengan Malaysia perlu terus berjalan.

Mereka menegaskan siasatan rasuah ke atas 1MDB dan wang dalam akaun peribadi perdana menteri tidak menunjukkan ada kaitan dengan sebarang kesalahan.

Cubaan Channel 4 untuk menyoal Najib lebih lanjut juga gagal apabila perdana menteri berdiam diri ketika penyiar itu bertemu beliau di luar hotelnya.

Najib dimalukan lagi

Dalam mana-mana kes, laporan itu menyatakan bahawa Malaysia merupakan pelabur kedua terbesar dalam pasaran hartanah komersial di London selepas Amerika Syarikat, dengan pembangunan semula loji kuasa Battersea dengan kos melebihi AS $11 bilion.

Ironinya wartawan Channel 4 dalam segmen berita itu berkata, Najib menjadi hos di bangunan sama yang hanya seminggu lalu merupakan tapak persidangan anti-rasuah.

Najib menafikan semua dakwaan salah laku dalam isu-isu berkaitan 1MDB yang dibebani hutang dan jutaan ringgit yang masuk ke akaun peribadinya. Beliau juga dibersihkan daripada salah laku oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ada juga tuduhan bahawa beberapa media asing merupakan sebahagian daripada konspirasi yang dimulakan oleh pihak tertentu untuk memburuk-burukkan Najib dan menjatuhkan beliau daripada kuasa, lapor Malaysiakini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...