Monday, 9 May 2016

Najib Bakal Dirundung Malang..

Najib bakal dirundung malang. Dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijangka akan diadakan ekoran kematian dua orang ahli Parlimen dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak petang Khamis lalu merupakan pengukur sebenar survival Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, dua pilihan raya kecil ini beri peluang lebih awal kepada rakyat untuk menghukum pemerintahan Najib yang ketika ini berada dalam krisis.

“Dua Pilihanraya Kecil ini lebih bererti dari pilihanraya besar 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Najib bakal dirundung malang. “Lebih mengerikan jika difikirkan bahawa dalam Pilihanraya Umum lalu, Allahyarhamah Noriah Kasnon mengatasi calon PAS hanya dengan 399 undi di kawasan Sungai Besar dan Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad menang dengan hanya 1,082 undi dalam tandingan tiga penjuru,” ujarnya dalam entri terbaru di blog.

Kata Zainuddin lagi, kegagalan Barisan Nasional (BN) di dua kawasan ini, akan menjatuhkan moral Najib serendah-rendahnya kerana beliau hanya menumpang kekuatan kepimpinan orang lain dan bukannya kekuatan sendiri.

Najib bakal dirundung malang

“Jika sekiranya BN menang di kawasan-kawasan ini maka pastinya akan mengangkat maruah Najib setinggi-tingginya, menaikan semula imej BN dan memberikan harapan baru kepada UMNO dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

“Jika menang ,Najib juga akan dapat membersihkan kekotoran imejnya sekian lama kerana isu 1MDB, RM2.6 billion dan masalah isterinya,” jelasnya.




7 comments:

  1. Undi protes terhadap Umno/BN akan membuktikan Rakyat tolak Najib.

    ReplyDelete
  2. bn akan menang sebab dalam akaun bank najib masih banyak lagi duit 1mdb yang boleh digunakan untuk beli undi......

    ReplyDelete
  3. PRK pasca Pru 14 buat kerusi Parlimen..... adalah "ujian" PAS sehubungan dengan keakraban kepimpinan dua parti sediada sekarang. Mungkin orang UMNO yang bukan pro Najib bangkit dengan undi protes. PRK ini bakal jadi pencerahan undi protes orang UMNO terhadap pucuk pimpinan yang 'dikatakan' liabiti UMNO yang semakin bercelaru sekarang.

    ReplyDelete
  4. Berangan dan hidup dengan berita fitnah je lah kamu..berjuta-juta penduduk Malaysia hanya diam dan melihat kebodohan kamu memutarbelit dan memfitnah..hukumannya..sama macam serawak! kamu saksikan nanti! wahai pejuang utk puak munafik!

    ReplyDelete
  5. Pas sebagai punahsihat akan kacau daun maka menanglah umno......maka punahlaha malaysia

    ReplyDelete
  6. BN mungkin menang jika PAN kacau daun..

    ReplyDelete
  7. Najib akan menang macam mana tentera laut Portugis boleh menakluk Melaka dan seperti tentera Jepun menakluk Malaya. Orang Melayu bukanlah bangsa yang kuat dan bermaruah. Orang Melayu boleh dibeli. Orang Melayu ibarat ayam kampung. Bila ditabur padi semua datang dan makan. Kawan atau saudara mara disebelah ditangkap dan disembelih ia tak kisah. Yang penting perut sendiri yang kenyang. Najib akan menang dan angka majoriti akan bertambah!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...