Wednesday, 4 May 2016

Mukhriz Mahathir Cipta Sejarah

Mukhriz Mahathir cipta sejarah. Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Saman itu telah difailkan peguamnya, Haniff Khatri di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana Tengku Sariffuddin didakwa membuat kenyataan berbaur fitnah terhadap bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dirinya.

“Melalui empat kenyataan, Tengku Sariffuddin telah memberi gambaran seolah-olah saya adalah seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan rakyat.

“Sanggup bersubahat dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan dan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri supaya saya sendiri boleh mengambil alih jawatan tersebut dan setiap tindakan politik saya termasuk dalam menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO adalah juga untuk tujuan menjadi Presiden UMNO yang dikatakan menjamin jawatan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mukhriz Mahathir cipta sejarah. Tegasnya, beliau tidak pernah terbabit dalam sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Najib bagi tujuan menaikkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan syarat Muhyiddin membimbingnya untuk menjadi pengganti beliau kelak.

Mengenai dakwaan Tengku Sariffuddin bahawa ia adalah hasrat Mahathir untuk melantiknya ke dalam pucuk pimpinan parti, Mukhriz Mahathir berkata, jika bapanya benar-benar mahu berbuat demikian, beliau boleh melakukannya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Ia adalah tidak logik untuk menunggu selama 13 tahun selepas bersara sebagai Perdana Menteri untuk berbuat demikian,” katanya.

Mengenai dakwaan beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO semata-mata untuk merealisasikan cita-citanya menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri, jelasnya, proses daripada Naib Presiden kepada Presiden tidak mudah dan tiada jaminan Presiden UMNO akan menjadi Perdana Menteri secara automatik.

Mukhriz Mahathir cipta sejarah. Mukhriz berkata, semua tuduhan dan kenyataan fitnah yang dilemparkan “pegawai dan konco-konco” Najib bertujuan mengaburi mata serta mengalih perhatian rakyat daripada penyelewengan membabitkan Najib, seperti 1MDB dan SRC International serta sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

“Rakyat tidak akan terperdaya dengan taktik kotor ini,” tegasnya, lapor FMT.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...