Wednesday, 18 May 2016

Muhyiddin Yassin Mengamuk?

Muhyiddin Yassin mengamuk? Timbalan Presiden UMNO yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

Ini kerana katanya, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab daripada parti berhubung salah laku beliau dan tidak pernah dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin UMNO mengenai kesalahan yang dilakukannya.

“Saya juga tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab atau dipanggil untuk membela diri oleh Lembaga Disiplin berkait dengan apa-apa dakwaan pelanggaran disiplin terhadap saya. 

Sepatutnya saya diberikan surat tunjuk sebab yang memperincikan asas-asas tuduhan terhadap saya.

Muhyiddin Yassin mengamuk? “Saya juga mesti diberikan suatu tempoh untuk menjawab segala tuduhan tersebut dan menyatakan sebab-sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya. 

Namun berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, semua langkah ini tidak diambil oleh Lembaga Disiplin,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik ke Facebooknya hari ini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tengku Adnan semalam bahawa laporan Lembaga Disiplin UMNO mengenai kedudukan beliau dalam parti itu telah siap dan akan diserahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk menjatuhkan hukuman.

Katanya, tindakan Tengku Adnan itu jelas menunjukkan proses tuduhan pelanggaran disiplin parti terhadap beliau dibuat tanpa mengikut tatacara dan prosedur yang betul, sekaligus bercanggah dengan peruntukan Fasal 20.1 Perlembagaan UMNO.

Muhyiddin Yassin mengamuk?

“Saya menggesa Lembaga Disiplin UMNO supaya memberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar laporan terhadap diri saya seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung UMNO. 

Saya berhak mengetahui asas-asas tuduhan ke atas diri saya dan seterusnya membela diri sebelum sebarang tindakan diambil terhadap saya,” katanya.




1 comment:

  1. Sama macam PAS... langgar semua asas hak asasi dalam mendapatkan keadilan. Kalau pergi mahkamah yang adil boleh muntah darah puak2 ni.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...