Wednesday, 25 May 2016

Muhyiddin, Shafie Dan Mukhriz Terselamat Buat Kali Ini

Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz terselamat buat kali ini. Perkara tindakan keatas pemimpin-pemimpin pemberontak UMNO mungkin tidak akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO Jumaat ini, memandangkan parti Melayu itu berdepan dengan cabaran pilihan raya.

Datuk Seri Azalina Othman Said membayangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun nanti menjadi agenda utama mesyuarat, manakala perkara hukuman keatas beberapa pemimpin pemberontak UMNO mungkin dibincangkan pada ‘kiraan lain’.

Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz terselamat buat kali ini.  “Saya rasa mesyuarat 27 Mei ini akan ada banyak perbincangan pilihan raya kecil yang lebih penting,” katanya kepada pemberita.

“Rakyat di sana (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) memerlukan pengganti wakil rakyat yang boleh menjalankan kerja dan komitmen mereka.

“Saya rasa yang nak gantung itu mungkin kiraan lain. Perkara utama mesyuarat bagi saya sekarang ini adalah menggerakkan BN dan UMNO kepada persediaan Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas Majlis Sembang Santai bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya dan Mahasiswa Anak Johor di sini hari ini.


Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz terselamat buat kali ini


Baru-baru ini media melaporkan bahawa MT UMNO akan datang dijangka membincangkan tindakan atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana menyertai gerakan menjatuhkan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Azalina yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyeru Muhyiddin supaya menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen.

“Datang ke Parlimen. Undi bila perlu undi. Sokong rang undang-undang,” katanya.



1 comment:

  1. Your Article Is This Very Helpful Thanks For Sharing...!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...