Thursday, 26 May 2016

MB Terengganu Cetus Kontroversi Lagi?

MB Terengganu Cetus Kontroversi Lagi? Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan laporan bahawa beliau mengarahkan guru-guru di Terengganu untuk menjalani latihan tepukan sebaliknya menyifatkan kejadian itu sekadar ‘gurauan’.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, isu itu tidak sepatutnya disensasikan kerana guru di negeri itu memahami niatnya hanya untuk berjenaka malah, beliau sendiri menganggap mereka sebagai kawan-kawannya.

MB Terengganu Cetus Kontroversi Lagi? “Tidak perlu panjangkan (isu ini) kerana saya hanya berjenaka pada guru-guru tersebut,” katanya seperti yang dipetik dalam satu laporan Projek MMO oleh Malay Mail Online hari ini.

“Mereka adalah kawan-kawan saya. Saya tidak faham bagaimana ia boleh sampai ke tahap ini,” kata Ahmad Razif lagi.

Sebelum ini, Ahmad Razif pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah institut perguruan.

Terdahulu sebuah rakam layar mesej dalam rangkaian Whatsapp telah tersebar luas dalam media sosial mendakwa bahawa guru-guru di Terengganu diarah mengambil bahagian dalam latihan menepuk tangan selama lima minit.

MB Terengganu Cetus Kontroversi Lagi?


Mesej ini juga mendakwa bahawa pihak sekolah perlu menyimpan gambar-gambar sebagai bukti latihan tepuk tangan.

Tambah mesej itu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kesal dengan sikap guru yang tidak menepuk tangan dalam satu majlis rasmi yang dihadiri MB.

Ekoran itu, jabatan tersebut dikatakan mengeluarkan arahan kepada sekolah terlibat supaya memastikan guru-guru berlatih menepuk tangan selama lima minit, termasuk semasa perhimpunan mingguan.

MB Terengganu Cetus Kontroversi Lagi. Ekoran itu juga, sebuah lagi rakaman video dikongsi dalam laman sosial menunjukkan beberapa orang guru dan murid sekolah rendah di Terengganu bertepuk tangan sesama mereka.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan yang dikeluarkan mengenai video yang dikatakan dirakam pada sambutan Hari Guru Negeri ke-45 di Kuala Nerus.



1 comment:

  1. Dasar Encik Menteri Besar... kalau berucap cikgu2 kena tepuk tangan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...