Friday, 6 May 2016

Mayat Mangsa Helikopter Terhempas Ditemui

Mayat mangsa Helikopter terhempas ditemui. Pasukan penyelamat menemui mangsa pertama di tebing Sungai Batang Lupar tidak jauh dari lokasi serpihan ditemui jam 12 tengah hari tadi. 

Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad mengesahkan mengenai penemuan itu, sebentar tadi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat sebentar tadi mengesahkan satu jasad telah ditemui berhampiran serpihan pesawat di Sungai Batang Lupar pada jam 12 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata jasad seorang wanita ditemui berhampiran tapak nahas.

"Ya, jenazah wanita itu ditemui pada jam 12:00 tengahari tadi," katanya kepada Malaysiakini.

Mayat mangsa Helikopter terhempas ditemui. Sementara itu, Bernama memetik Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Nor Hisham Mohammad sebagai berkata jasad mangsa ditemui sekitar 15km dari jeti Sebuyau, berhampiran Sungai Batang Lupar.

Katanya, mayat itu akan diserahkan kepada polis di jeti Sebuyau.

Pada kejadian jam 5 petang semalam, helikopter sewa khas jenis Eurocopter AS350 Écureuil dengan nombor pendaftaran RP-C 6828, terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 4.32 petang.

Ini berlaku tidak lama selepas helikopter yang membawa rombongan kenamaan itu yang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching berlepas dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, Betong dengan lokasi terakhir dikesan di Triso, Sebuyau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang medianya, pagi tadi mengesahkan penumpang helikopter itu termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya.

Mayat mangsa Helikopter terhempas ditemui

Turut menaiki helikopter tersebut ialah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga adalah ahli Parlimen Kuala Kangsar, KSU kementerian berkenaan Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga.

"Setakat ini kita tidak boleh buat sebarang kesimpulan yang kita sudah kehilangan mereka," kata Najib pada sidang media pagi ini semasa ditanya oleh wartawan sekiranya ini bererti semua mereka sudah tiada lagi.

Perdana Menteri berkata semua aset yang berkaitan sudah diarah melancarkan operasi dan menyelamat "semaksimum mungkin" di sekitar kawasan berkenaan.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...