Monday, 9 May 2016

Mayat Juruterbang Helikoter Terhempas Ditemui


Mayat juruterbang Helikoter terhempas ditemui. Mayat terakhir mangsa nahas helikopter Eurocopter AS350 dipercayai juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas ditemui kira-kira jam 10.45 pagi sekitar kawasan Triso, Sebuyau, di sini.

Mayat berkenaan tiba di jeti pekan Lingga pada jam 11.35 pagi dan akan dibawa ke Hospital Umum Kuching (HUS) menaiki helikopter. 

Jasad dipercayai juruterbang itu ditemui berhampiran satu serpihan helikopter kira-kira 20 kilometer daripada Pusat Operasi SAR di pekan Lingga. 

Mayat juruterbang Helikoter terhempas ditemui. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, berkata, mayat berkenaan sudah dibawa ke Lingga dan akan diterbangkan ke Kuching hari ini. 

"Berikutan penemuan itu, semua enam mayat sudah ditemui namun pengesahan sama ada ia adalah juruterbang helikopter berkenaan hanya akan dibuat selepas laporan forensik diperolehi.


"Sekarang tumpuan kita ialah untuk mengesan kedudukan bangkai pesawat itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, sebentar tadi. 

Ketika ini, hanya juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas yang masih belum disahkan. Pada 5 Mei lalu, sebuah helikopter yang membawa enam penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching. 

Mayat juruterbang Helikoter terhempas ditemui

Turut berada dalam helikopter malang itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang juga Ahli Parlimen Kuala kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang, Kapten Rudolf Rex Ragas. 

Pesawat jenis Eurocopter AS350 Écureuil itu menghubungi menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) jam 4.32 petang, dengan lokasi terakhir dinyatakan ialah di Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan. 

Helikopter itu dilaporkan terputus hubungan sejak jam 5 petang ketika dalam penerbangan pulang selepas menghadiri program rasmi sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) di Spaoh, Betong, lapor Berita Harian.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...