Sunday, 15 May 2016

Mahathir Akan Kerja Keras Tumbangkan BN Di PRK Kuala Kangsar Dan PRK Sungai Besar

Mahathir akan kerja keras tumbangkan BN di PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar. Barisan Nasional (BN) bukan sahaja akan berhadapan dengan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bahkan juga ketumbukan yang dipimpinan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu jatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Ikrar Mahathir untuk mengalahkan calon BN ini dibuat dalam Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi.

Turut serta adalah semua pemimpin Pakatan Harapan dan kumpulan yang menyokong Mahathir dalam Umno namun Pas menolak untuk menyertainya walaupun Pesuruhjaya Pas Selangor dijadualkan menyertai majlis ini pada awalnya.

Mahathir akan kerja keras tumbangkan BN di PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar. Mahathir mengajak semua pihak bersatu untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tanpa mengira siapakah calon yang akan melawan BN samada dari Pas atau Pakatan Harapan.

"Jangan kira siapa calon ini walaupun Pas kerana kita perlu kalahkan BN untuk menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokong dia.

"Sebab itu kita perlu kerja keras untuk kalahkan BN dalam pilihan raya kecil ini," kata Dr Mahathir disambut tepukan gemuruh orang ramai yang memenuhi padang stadium itu.

Menurut Mahathir, Najib sekarang adalah hamba kepada kerajaan negeri Sarawak.Himpunan Deklarasi Rakyat Stadium Melawati malam tadi

Himpunan Deklarasi Rakyat Stadium Melawati malam tadi
"Kita mesti tunjukkan bahawa kemenangan di Sarawak itu bukan kemenangan Datuk Seri Najib tetapi mereka (pengundi Sarawak) memikirkan kepentingan Sarawak semata-mata bukan berkenaan sokongan kepada Najib," katanya.

Mahathir akan kerja keras tumbangkan BN di PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar

Sekarang ini, kata Mahathir, Najib sudah menjadi hamba."Hamba kepada kerajaan Sarawak kerana kalau tidak ada sokongan dari Sarawak maka dia akan jatuh dan dia akan layan Sarawak seberapa yang boleh.

"Inilah hasil dari pilihan raya itu. Bukan kemenagan kepada Najib tetapi ia memperhambakan Najib," kata Mahathir, lapor Malaysia Dateline.



1 comment:

  1. Mahathir tak perlu bekerja keras .. cukup dengan mengaku segala kesilapan yg lalu terutamanya pada Anwar .. berubahlah lanskap politik negara ! Dia yang mulakan sgl penipuan .. Najib mengikut segala jejak2nya !

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...