Wednesday, 18 May 2016

Lydiawati Mengaku Tidak Bersalah Belasah Pengkid

Lydiawati mengaku tidak bersalah belasah Pengkid. Selepas berkongsi sebuah video membelasah seorang wanita yang dikatakan menganggu hidupnya, Lydiawati semalam telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang diatas tuduhan menyebabkan kecederaan seorang wanita warga Brunei pada Mac lalu. 

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah diatas tuduhan tersebut.

Lydiawati mengaku tidak bersalah belasah Pengkid. Memetik laporan Sinar Harian, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon telah didakwa atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Sharifah Harnizam Wan Musa dengan cara memukul menggunakan besi.

Kesalahan berikut didakwa dilakukan di sebuah hotel kira-kira jam 6.30 petang pada 24 Mac lalu.

Dalam perbicaraan itu, Lydiawati yang diwakili oleh peguam, Fatimah Zahra Ramli memohon pihak mahkamah mengurangkan jaminan ke atas ank guamnya dengan alasan beliau merupakan seorang ibu tunggal.

Malah, Lydiawati juga tidak mempunyai pendapatan tetap dan memerlukan rawatan bulanan kerana masalah jantung.

Lydiawati mengaku tidak bersalah belasah Pengkid

Dengan itu, Haslinda A Raof telah membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan kes semula. 

Pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya, Raihana Abdul Razak mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...