Thursday, 26 May 2016

Lelaki Nyaris Maut, Kemaluan Digigit Ular Sawa Didalam Tandas


Lelaki nyaris maut, kemaluan digigit Ular Sawa dalam tandas. Seorang lelaki di Thailand nyaris maut apabila kemaluannya digigit seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter dalam tandas.

Kejadian ngeri itu berlaku di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok kira-kira jam 6.30 pagi semalam ketika Atthaporn Boonmakchuay, 38, duduk di atas mangkuk tandas sebelum diserang reptilia itu.

Lelaki nyaris maut, kemaluan digigit Ular Sawa dalam tandas. Akhbar The Sun yang berpangkalan di United Kingdom memetik laporan Bangpakong News sebagai berkata, lelaki itu segera memanggil isterinya yang meminta bantuan jiran-jiran untuk menyelamatkan mangsa.

Mereka kemudiannya berjaya mengikat kepala ular sawa itu.

Namun, mangsa yang terpaksa bergelut dengan reptilia berkenaan pengsan akibat kehilangan terlalu banyak darah sebelum dikejarkan ke hospital.

Lelaki nyaris maut, kemaluan digigit Ular Sawa dalam tandas. Anggota kecemasan terpaksa memecahkan mangkuk tandas itu untuk mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi di dalamnya sebelum dilepaskan ke hutan.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengetahui cara reptilia itu masuk ke dalam mangkuk tandas di rumah mangsa.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...