Saturday, 7 May 2016

Langsung Pilihanraya Negeri Sarawak

Langsung Pilihanraya Negeri Sarawak. Kesemua 1,754 pusat pengundian bagi pilihan raya Negeri Sarawak ke-11 dibuka mulai 8 pagi ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pusat pengundian itu akan ditutup pada 5 petang kecuali beberapa pusat pengundian ditutup lebih awal bermula 9 pagi mengikut lokasi dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan.

Pusat pengundian melibatkan sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan stadium tertutup.

Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langsung Pilihanraya Negeri Sarawak. Pengundian hari ini tidak melibatkan DUN Bukit Kota dan Bukit Sari yang dimenangi Barisan Nasional (BN) tanpa bertanding oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada hari penamaan calon 25 April lepas.

Terdapat 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan serta pasangan yang melaksanakan tanggungjawab mereka Selasa lepas.

Pilihan raya kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April, dengan menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu, menjadikan DUN itu kini mempunyai 82 kerusi.

Langsung Pilihanraya Negeri Sarawak

Jabatan Meteorologi Sarawak meramalkan cuaca mendung dan hujan pada sebelah pagi di beberapa kawasan di Sarawak, termasuk di bahagian Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang.

Jurucakap jabatan itu berkata pada sebelah petang, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di semua kawasan, manakala pada waktu malam, hujan dijangka di beberapa tempat di bahagian Bintulu dan Kapit.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...