Tuesday, 3 May 2016

Lagi Undi Tidak Percaya Pada Najib?

Lagi undi tidak percaya pada Najib? UMNO Cawangan Behor Mali menafikan telah mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang disebar dalam laman Facebook sejak semalam.

Ketuanya, Jasmi Johari menegaskan tiada sebarang usul dikeluarkan berkaitan perkara tersebut dalam mesyuarat cawangan itu semalam.

“Tidak ada usul undi tidak percaya disuarakan sepanjang mesyuarat semalam, sebaliknya ucapan seorang ahli semasa penangguhan semalam mungkin telah menimbulkan salah faham.

“Saya tidak menyangka ada ahli yang tidak jelas dan bercerita sesama mereka di luar mesyuarat dan kemudian telah dimuat naik ke Facebook oleh pihak lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Lagi undi tidak percaya pada Najib? Beliau mengulas berita yang tersebar semalam dalam di kalangan sebilangan ahli UMNO Cawangan Behor Mali di kawasan Parlimen Kangar, kononnya terdapat usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Najib.

Jasmi berkata, beliau menyedari penyebaran berita berkenaan sejak semalam dan memandang serius perkara itu serta telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab melakukannya.

“Saya meminta semua ahli UMNO Cawangan Behor Mali agar dapatkan maklumat sahih tentang apa juga perkara yang dibincangkan atau apa sahaja maklumat berkaitan parti sebelum hendak bercerita atau menyebarkannya,” katanya.

Lagi undi tidak percaya pada Najib? Jasmi turut menegaskan pendirian cawangan itu selari UMNO Bahagian yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang teguh menyokong kepimpinan Najib.

“Justeru sebarang isu yang timbul hanyalah cakap-cakap yang tidak berasas dan luahan yang diutarakan pihak tertentu sahaja, tidak mempunyai sebarang kaitan mahupun mewakili pendirian cawangan,” katanya, lapor Bernama.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...