Wednesday, 18 May 2016

Lagi Tekanan Terbaru Buat Pemimpin Pembangkang

Lagi tekanan terbaru buat pemimpin pembangkang. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan wujud peraturan bawah Jabatan Imigresen yang menghalang pihak yang memburukkan kerajaan meninggalkan negara ini.

Menurut Nur Jazlan, perkara itu bawah kuasa pengarah Jabatan Imigresen memandangkan kebenaran seseorang untuk ke luar negara merupakan satu keistimewaan dan bukannya hak.

"Kuasa untuk membenarkan orang keluar masuk dalam negara bawah pengarah imigresen dan dia juga yang keluarkan pasport. Ia keistimewaan dan bukan hak.

"Senarai (dilarang) memang ada. Jadi kalau isu macam (pengerusi BERSIH) Maria Chin, dia patut periksa dengan Jabatan Imigresen sama ada masih dibenarkan ke luar negara atau tidak.

Lagi tekanan terbaru buat pemimpin pembangkang

“Jangan buat tindakan melulu yang terus kata tak boleh keluar," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Maria Ahad lepas disekat di lapangan terbang antarabangsa KLIA di Sepang dan tidak tidak dibenarkan berlepas ke Korea Selatan Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung peraturan baru itu.






1 comment:

  1. Malaysia sudah jadi negara myanmar kedua cumanya pemimpin dibawaha pimpinan Najib belum lagi kuat kuasa siapa yang tak sokong dia kena halau dari negara ini seperyi mynmar yang menghalau keluar warga Rinhonyia yang membanjari negari ini sekarang ini.Kita tunggu dan lihat kuasa pengarah imegresyen adakha dia akan mengunakan kuasa pengampunya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...