Friday, 27 May 2016

Lagi Rahsia Skandal 1MDB Terbongkar

Lagi rahsia skandal 1MDB terbongkar. Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa bahawa Bank Negara telah menulis surat yang mengesahkan bahawa Good Star Limited dimiliki oleh jutawan Low Taek Jho.

Ini bercanggah dengan kenyataan kerajaan bahawa Good Star, yang kemudiannya dibubarkan adalah milik bekas rakan kongsi 1MDB, Petrosaudi International.

Lagi rahsia skandal 1MDB terbongkar. Salinan surat itu ditweet oleh WSJ dan kemudiannya ditweet semula oleh ketua editor Asia WSJ Tom Wright pagi ini.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat melaporkan kandungan surat itu berikutan ia telah diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Status pemilikan Good Star Limited adalah penting kerana ia akan menentukan sama ada dana 1MDB telah disalurkan keluar atau ia memang digunakan untuk pelaburan.

1MDB telah menyalur AS$1.83 bilion ke luar negara untuk aktiviti usaha samanya dengan PetroSaudi tetapi AS$1.03 bilion daripada jumlah itu telah dialihkan kepada Good Star Limited.

Lagi rahsia  skandal 1MDB terbongkar


Lencongan itu tidak akan menjadi masalah jika Good Star Limited dimiliki oleh 1MDB rakan kongsi usaha sama PetroSaudi, seperti yang didakwa oleh kerajaan, tetapi menjadi kebimbangan serius jika ia dimiliki oleh individu atau entiti yang tidak berkaitan dengan usaha sama itu - dalam kes ini , Jho Low seperti yang didakwa oleh WSJ.

PetroSaudi sebelum ini enggan mengesahkan pemilikan sebenar Good Star Limited.

Menurut laporan WSJ hari ini, surat bertarikh 6 April ditujukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Ariffin.

"Hasan juga tidak memaklumkan kepada anggota jawatankuasa parlimen bukti daripada seorang pegawai kanan bank pusat - dihantar melalui surat 6 April kepada Hasan - bahawa AS$1 bilion (RM4.06 bilion) dalam dana 1MDB telah dipindahkan kepada syarikat luar pesisir milik seorang rakan rapat Najib (Low), kata (ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua) dan ahli parti pemerintah (yang tidak dinamakan) dalam PAC.

Lagi rahsia  skandal 1MDB terbongkar


"Mereka kata Hasan tidak pernah berkongsi kandungan surat itu dengan mana-mana anggota jawatankuasa itu yang salinannya telah diperolehi oleh WSJ," petik laporan itu.

Pua adalah seorang daripada 14 anggota PAC. Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low adalah  sekutu Najib yang menafikan mempunyai hubungan dengan Good Star.

Lagi rahsia skandal 1MDB terbongkar. Sebelum ini, Pua telah membangkitkan isu mengenai beberapa baris mengenai maklumat Bank Negara Malaysia yang telah dipadamkan daripada laporan akhir PAC mengenai 1MDB.

Malaysiakini telah menghubungi Hasan dan Bank Negara mengenai laporan WSJ itu dan sedang menunggu ulasan mereka.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...