Saturday, 7 May 2016

Lagi Mayat Mangsa Helikopter Terhempas Ditemui

Lagi mayat mangsa Helikopter terhempas ditemui. Mayat ketiga tragedi helikopter, ditemui di Sungai Batang Lupar, Lingga, dekat sini, hari ini, lengkap berpakaian dan mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mayat itu terapung di sungai itu pada 12.04 tengah hari, tidak jauh dari kawasan mayat pertama timbalan menteri dijumpai.

“Biarlah polis umumkan berkenaan identiti mayat,” katanya pada sidang media di sini. Beliau berkata bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan mayat tersebut ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Lagi mayat mangsa Helikopter terhempas ditemui. Terdahulu, jurucakap bomba menyatakan mayat ketiga itu ditemukan kira-kira satu kilometer dari kawasan mayat pertama iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon ditemui.

Shahidan berkata bagi tujuan melicinkan perjalanan SAR, beliau selaku menteri bertanggungjawab menjaga hal ehwal bencana, akan menyewa bot-bot penduduk sekitar Batang Lupar bagi membantu operasi.

Selain Noriah, penumpang lain yang berada dalam helikopter tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah iaitu Asmuni Abdullah.

Lagi mayat mangsa Helikopter terhempas ditemui

Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang Khamis, menghala ke Kuching sebelum tragedi itu berlaku, lapor Bernama.


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...