Friday, 27 May 2016

Kisah Panas Dari Istana Johor

Kisah panas dari Istana Johor. Sekumpulan netizen hari ini meraikan pembebasan seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyhur Abdullah yang dibebaskan daripada tahanan reman dua hari oleh pihak polis.

Di Twitter dan Facebook berita pembebasan itu disambut dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan ‘bebasmasyhur jadi masyhurbebas’ bersama hashtag #BebasMasyhur yang trending sejak penangkapan pemuda asal Temerloh berusia 29 tahun itu tiga hari lalu.

Kisah panas dari Istana Johor. “Segala puji pada Tuhan. Bolehlah dia pergi melawat anak-anak ini nanti,” komen Sharir Shazni, merujuk kepada pembabitan Masyhur dalam kerja amal untuk anak-anak daripada keluarga miskin di ibu kota.


Sebelum ini, seorang penulis bernama Khairi Zulfadhli dalam pendapatnya kepada FMT berkata dirinya tidak bersetuju dengan twit yang dikaitkan pada Masyhur itu, dan sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TM) kepada pembangunan bola sepak perlu diakui.

“Patik percaya Tuanku adalah seorang pemimpin berjiwa besar dan menerima dan meraikan perbezaan dalam segala sudut,” katanya mengulas tuduhan yang terpalit pada Masyhur.


Kisah panas dari Istana Johor


Sepanjang penahanannnya, ruang maya dipenuhi gambar memaparkan seekor gajah yang dirantai kakinya, dengan tulisan ‘Bola Sepak Sukan Rakyat!’ dan ‘#BebasMasyhur’ tertera padanya.

“Aku rasa TMJ bukan tangkap nak seksa pun budak (Masyhur) tu,” komen TengkuZex kepada trending itu, kerana baginya TMJ seorang profesional.

“Bagaimana kalau tiba-tiba TMJ muatnaik gambar dia dengan budak (Masyhur) itu nanti?” tambahnya.

Masyhur ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia selepas dituduh menghantar mesej jelik dalam Twitter untuk menghina dan menyakitkan hati sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan Tunku Mahkota Johor sedang menikmati hidangan seekor gajah.


Kisah panas dari Istana Johor. Gambar makan gajah itu menjadi viral selepas JDT menewaskan pasukan Pahang 6-0 dalam perlawanan Liga Super hujung minggu lalu dan Tunku Mahkota Johor dilaporkan berkata gambar makan gajah itu sekadar ‘suka-suka’ dan ‘sedikit perang psikologi’.

Namun bagi Masyhur, dia berdepan dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...