Wednesday, 18 May 2016

Kerana Keras Kepala Pembangkang Bakal Kalah Di PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar

Kerana Keras Kepala Pembangkang Bakal Kalah Di PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar. PAS menegaskan parti Islam itu tidak akan sesekali tunduk dengan mana-mana pihak termasuk DAP dalam meletakkan calonnya di PRK Sungai Besar.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS tetap akan bertanding dalam PRK itu dan menyarankan PH tidak masuk campur.

“PAS setuju satu lawan satu. PH tak perlu masuk bertanding. Nak serah kerusi PAS kepada AMANAH tak mungkin,” katanya di laman Facebooknya.

Kerana Keras Kepala Pembangkang Bakal Kalah Di PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar. Beliau berkata demikian mengulas lanjut desakan DAP yang menggesa PAS menyerahkan kerusi Parlimen Sungai Besar untuk ditandingi AMANAH dalam PRK, 18 Jun depan.

Tuan Ibrahim berkata PH sepatutnya mengambil pengajaran daripada sikap mementingkan diri DAP pada PRN di Sarawak yang menyaksikan pertembungan dengan PKR.

“Kalau DAP Sarawak pun tak boleh kompromi dengan PKR masa PRN lalu, tak mungkin PAS nak bagi kerusi PAS.

“Saya harap blok pembangkang sedar kerusi yang dipunyai PAS, mereka tidak perlu ganggu dan perlu sokong demi negara dan rakyat,” katanya.

Kerana Keras Kepala Pembangkang Bakal Kalah Di PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar

Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menggesa PAS supaya tidak berdegil dan menerima tawaran PH untuk bertanding pada PRK di Kuala Kangsar sebagai pertukaran melepaskan kerusi di Sungai Besar dan membiarkan AMANAH bertanding di situ.

Nga berkata ia demi kepentingan memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN di kedua-dua kerusi yang dipertandingkan pada 18 Jun ini. lapor FMT.

Ternyata PRN Sarawak bukan pengajaran yang berharga buat parti-parti pembangkang. Sebenarnya apa yang mereka perjuangkan ni?





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...