Sunday, 8 May 2016

Keputusan PRN Sarawak Sudah Dijangka.. Pembangkang Kalah Teruk

Keputusan PRN Sarawak Sudah Dijangka.. Pembangkang kalah teruk. kesemua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mencatat kemenangan mudah bagi kerusi Tanjong Datu dengan menewaskan pencabarnya, Jazolkipli Numan daripada PKR untuk penggal ke-10 sebagai ADUN.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu meraih 6,360 undi, manakala Jazolkipli hanya memperoleh 468 undi dan hilang deposit.

Keputusan PRN Sarawak Sudah Dijangka.. Pembangkang kalah teruk. Dalam pertembungan paling ditunggu-tunggu pada PRN kali ini, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Senator Datuk Dr Sim Kui Hian meraih 6,414 undi, mengalahkan penyandang kerusi Batu Kawah, Christina Chiew Wang See daripada DAP yang memperoleh 4,329 undi.

Calon Bebas yang juga bekas Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Batu Kawah, Liu Thian Leong sekadar mendapat 1,109 undi, sekali gus hilang deposit.

Keputusan PRN Sarawak Sudah Dijangka.. Pembangkang kalah teruk

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Masing mengekalkan kerusi Baleh yang disandangnya sejak 1983, apabila mengalahkan calon DAP, Agop Linsong dengan majoriti 4,793 undi.

James yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak memperoleh 5,272 undi berbanding hanya 479 undi diraih Agop yang sekaligus hilang deposit dalam pertandingan satu lawan satu itu, lapor Bernama.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...