Sunday, 15 May 2016

Keputusan Piala FA 2016, JDT Juara

Keputusan Piala FA 2016, JDT Juara. Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan untuk menjulang Piala FA 2016 selepas menewaskan PKNS FC 2-1 pada pentas final di Stadium Shah Alam, malam tadi. 

Kemenangan ke atas PKNS FC yang beraksi di Liga Perdana itu sekali gus mengubati duka pada edisi 2013 apabila JDT ketika itu tewas 1-0 kepada Kelantan di pentas final. 

Untuk rekod, trofi Piala FA pernah dibawa ke selatan tanah air pada tahun 1998 hasil kemenangan 1-0 Johor ke atas Sabah dengan pasukan itu ketika itu tidak dikenali sebagai JDT.

Keputusan Piala FA 2016, JDT Juara. Turun dengan status sebagai pasukan pilihan, JDT begitupun bermula agak goyah apabila PKNS terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Gabriel Guerra seawal minit kelima. 

Selepas jaringan itu, pertahanan PKNS terpaksa bekerja keras namun asakan bertali arus JDT akhirnya berjaya menyamakan kedudukan juga menerusi penalti kapten, Safiq Rahim minit ke-15. 

Jaringan penyamaan itu jelas meningkatkan semangat JDT yang terus mendominasi permainan sebelum mendapat gol kedua menerusi rembatan Jorge Pereyra Diaz yang terkena M Sivakumar sebelum menerjah jaring pada minit ke-35. 

Begitupun, persembahan kedua-dua pasukan sedikit terjejas berikutan permukaan padang basah akibat hujan sejak tengah hari semalam menyaksikan beberapa gerakan menarik gagal dilakukan dengan sempurna. 

Keputusan Piala FA 2016, JDT Juara

Di akhir-akhir perlawanan, kelekaan barisan pertahanan JDT hampir membawa padah apabila membuka ruang kepada PKNS melakukan beberapa percubaan berbahaya terutama dari Juan Cobelli yang hanya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol. 

Bagi PKNS yang dianggap 'pembunuh gergasi', kekalahan di pentas final kepada juara Asia, JDT tidak boleh dianggap satu kekecewaan besar dengan pencapaian layak ke final sudah boleh dibanggakan buat pasukan yang hanya berstatus kelab. 

Malah, kekalahan tipis itu juga membuktikan mereka bukan pasukan kerdil yang mudah diratah pasukan besar seperti JDT.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...