Saturday, 7 May 2016

Kenapa Bekas Adun Ini Berang?

Kenapa bekas Adun ini berang? DUN Piasau Alan Ling Sie Kong mendakwa nombor telefonnya telah digodam (hijacked) bagi menghantar mesej bahawa DAP sedang mendahului di DUN itu dan pengundi tidak lagi perlu keluar mengundi.

Ketika dihubungi FMT, beliau mendakwa BN adalah pihak di belakang tindakan tersebut, memandangkan beliau berdepan satu sama satu dengan calon BN Sebastian Ting di DUN tersebut.

“Piasau adalah pertembungan satu lawan satu antara saya dan calon BN (Setiausaha Agung SUPP Sebastian Ting). Siapa lagi yang berminat untuk melakukannya, dan mendapat manfaat daripadanya?

Kenapa bekas Adun ini berang?“Malah saya sehingga menerima panggilan orang mengucapkan tahniah kepada saya kerana kononnya telah menang,” katanya kepada FMT.

Menurut keratan yang dihantar Setiausaha DAP Sarawak itu, mesej berbahasa Cina tersebut menyatakan “Tahniah. Kita sudah mendapat undi majoriti, penyokong DAP tidak perlu bimbang.”

Beliau memaklumkan akan membuat laporan di Balai Polis Lutong petang ini.

Kenapa bekas Adun ini berang?

“Saya menggesa pesaing saya agar tidak menggunakan taktik sebegini, dan agar pengundi keluar beramai-ramai untuk mengundi,” katanya lagi.

Menurut Suruhanjaya Pilihanraya, peratusan keluar mengundi setakat 12 tengah hari ini hanya 35 peratus, lapor FMT.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...