Monday, 16 May 2016

Kemenangan Buat Seorang Penghasut Tegar

Kemenangan ini buat seorang penghasut tegar. Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan aktivis Hishamuddin Rais untuk mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadapnya pada awal tahun ini atas kesalahan membuat kenyataan berbaur hasutan.

Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel hakim bersama Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam keputusannya berkata hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada Januari 2015 adalah tepat.

“Hukuman penjara diketepikan, dan denda RM5,000 dikenakan kembali,” kata Tengku Mainum.

Penyokong Hishamuddin bersorak ketika mendengar hakim mengetepikan hukuman penjara.

Kemenangan buat seorang penghasut tegarHishamuddin diwakili peguam S Ambiga dan Syahredzan Johan sementara Abazafree Abbas bertindak bagi pihak pendakwaan.

Bercakap kepada wartawan di luar mahkamah, Hishamuddin Rais, 65, berkata beliau bersyukur dengan keputusan hari ini.

“Mahkamah (Rayuan) bersetuju bahawa ucapan saya, walaupun ia menghasut, tidak memerlukan saya dipenjarakan,” katanya.

Syahredzan berkata mahkamah bersetuju dengan pihaknya yang mendapati hukuman penjara tidak perlu.

“Kami gembira mahkamah bersetuju dengan kami,” katanya.

Pada Januari tahun ini, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas Hishamuddin kerana menyampaikan ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013.

Kemenangan buat seorang penghasut tegar

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen pada 9 Januari 2015.

Dalam penghakimannya, Nordin berkata hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen tidak setimpal dengan kesalahan selain tidak memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain yang melakukan kesalahan sama.

Speaker lain pada forum itu termasuk Tian Chua, Tamrin Ghafar, Adam Adli Abdul Halim, Haris Ibrahim dan Safwan Anang turut dituduh atas kesalahan menghasut.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...