Tuesday, 24 May 2016

Kejutan Dari Istana Johor

Kejutan dari Istana Johor. Pasukan bola Johor Daruk Takzim (JDT) tidak akan sama sekali ‘jatuh’ kerana hari itu tidak akan terjadi.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata demikian dalam satu wawancara yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Johor Southern Tigers semalam.

“Seseorang menunjukkan kepada saya komen yang dibuat oleh sesetengah pihak, mengatakan bahawa mereka berdoa tibanya hari untuk JDT ‘jatuh’.

Kejutan dari Istana Johor. “Sekarang, saya ingin bertanya sesuatu kepada anda yang bijaksana. Apakah maksud ‘jatuh’? Tidak memenangi trofi?,” soal baginda.

Jelasnya, kejatuhan JDT adalah apabila pihak itu gagal membayar gaji, padang tenggelam di dalam laut, stadium runtuh, tewas 12-0 setiap perlawanan, muflis ataupun pasukan ini sudah tidak wujud lagi.

Tegasnya, hari itu tidak akan terjadi.“Ini kerana insan ini tidak pernah mencuri wang rakyat dan membunuh orang. Semua yang saya lakukan sejak hari pertama adalah membantu orang ramai dan menyatu padukan Rakyat.

Kejutan dari Istana Johor


“Jadi saya tidak bimbang. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang benar. Selamat menikmati hari yang indah,” katanya menamatkan wawacara berkenaan.

Bagainda bagaimanapun tidak mendedahkan pihak yang berdoa JDT akan jatuh mahupun pihak yang dibandingkan dalam kenyataannya itu.



1 comment:

  1. Menjunjung kasih Tunku. Itulah yang selalu yang diharapkan oleh semua rakyat didunia ini. Semua rakyat mengharapkan kesejahteraan dan prihatin dari penguasa mereka tidak kira raja, presiden, gavernor mahupun perdana menteri. Semoga Tunku dirahmati Allah s.w.t. didunia dan di akhirat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...