Monday, 30 May 2016

Kejutan Dari Tunku Mahkota Johor

Kejutan dari Tunku Mahkota Johor. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak menangkap individu-individu yang telah membuat kenyataan yang menghina beliau.

Sebaliknya, baginda mencadangkan agar polis mengaturkan satu pertemuan antara dirinya bersama individu yang menghinanya.

Kejutan dari Tunku Mahkota Johor. “Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja.

“Saya akan menghargainya jika anda bersetuju dengan cadangan ikhlas saya ini,” katanya dalam satu wawancara yang dimuatnaik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail juga akui tidak peduli dengan sebarang kenyataan individu-individu yang menghinanya.

Kejutan dari Tunku Mahkota Johor


“Ya. Saya dimaklumkan tentang perkara ini tetapi apa yang boleh saya lakukan sekiranya ada orang yang ingin membuat laporan polis mengenainya.

“Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya tiada masa untuk melayan orang-orang seperti ini,” katanya.

Baru-baru ini, pihak polis menahan seorang lelaki di Selangor bagi membantu siasatan berhubung penghinaan terhadap Tunku Ismail menerusi Facebook.

Kejutan dari Tunku Mahkota Johor. Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 23 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ditahan kira-kira 8 malam di Taman Intan, Dengkil.

Selain itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial.

Satu pasukan khas juga telah ditubuhkan oleh polis Johor untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial, tambahnya.



1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...