Sunday, 8 May 2016

Jenazah Mangsa Helikopter Terhempas Selamat Dikebumikan

Jenazah mangsa Helikopter terhempas selamat dikebumikan. Jenazah pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Lans Koperal Ahmad Sobri Harun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Mek Ngah di sini, jam 8.20 pagi tadi. 

Jenazah Allahyarham yang diterbangkan dari Kuching, Sarawak tiba di perkarangan rumah keluarganya di Kampung Bukit Chempaka, di sini, jam 7 pagi. Majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Mek Ngah, Kampung Bukit Chempaka, dijalankan mengikut istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman, yang diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman; ADUN Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dan ADUN Tepoh, Hishamuddin Abd Karim.

Jenazah mangsa Helikopter terhempas selamat dikebumikan

Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah adalah pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, lapor Berita Harian.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...