Saturday, 7 May 2016

Jenazah Dato' Noriah Kasnon Akan Dikebumikan Malam Ini Atau Esok

Jenazah Dato' Noriah Kasnon akan dikebumikan malam ini atau esok. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan jemaah lain menyempurnakan solat jenazah mangsa tragedi helikopter, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon di Surau Al-Jahirah, Pangkalan Udara Kuching di sini, malam ini. 

Turut sama menunaikan solat jenazah timbalan menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan anggota keluarga Noriah. 

Jenazah kemudian diterbangkan ke Pangkalan Udara Subang, Selangor menggunakan pesawat tentera. Adik angkat Noriah, Datuk Zaini Taha berkata, jenazah akan dikebumikan malam ini atau esok di Kampung Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor. 

Jenazah Dato' Noriah Kasnon akan dikebumikan malam ini atau esok."Ia bergantung kepada waktu jenazah tiba di Subang. Kalau awal kita kebumikan malam ini, kalau tak sempat, esok pagi," katanya kepada Bernama. 

Noriah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang semalam. 

Jasadnya ditemukan di kawasan pencarian awal helikopter terbabit di Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau, tengah hari tadi. 

Jenazah Dato' Noriah Kasnon akan dikebumikan malam ini atau esok

Selain Noriah, turut menaiki helikopter sama ialah suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas turut menaiki pesawat malang itu, lapor Bernama.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...