Tuesday, 24 May 2016

Ini Dia 'Winnable Candidate' AMANAH Di PRK Sungai Besar

Ini dia 'winnable candidate' AMANAH Di PRK Sungai Besar. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu adalah antara nama yang disenaraikan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Selain itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga disenaraikan sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini dia calon 'winnable candidate' AMANAH Di PRK Sungai Besar. “Kita ada banyak lagi nama tetapi belum diputuskan lagi,” kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata kepada Bernama di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam satu sidang media di Parlimen, Khalid berkata Amanah berpendapat sukar bagi PKR bertanding menentang PAS pada kedua-dua PRK itu memandangkan kedua-dua parti pembangkang itu mempunyai hubungan yang baik.

Sehubungan itu, katanya Amanah bersedia mewakili Pakatan Harapan dalam PRK berkenaan. Menurutnya PKR perlu menerima hakikat bahawa PAS tidak akan menarik diri daripada bertanding.

Oleh itu, tumpuan perlulah diberikan kepada mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan di dua kerusi itu, kata Khalid.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pemberita berkata PKR dan PAS masih boleh berbincang berhubung isu calon bagi memastikan hanya satu calon daripada pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Ini dia  'winnable candidate' AMANAH Di PRK Sungai Besar


Katanya beliau tidak pernah menemui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berunding tentang calon bagi kedua-dua PRK itu.

Namun, katanya beliau telah pun bertemu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung perkara itu.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata beliau yakin PKR dan PAS dapat berbincang mengenai pilihan raya kecil berkenaan.

“Kami perlulah menanti (kesediaan) PAS untuk bertemu kerana parti itu yang mahu bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan,” katanya semasa ditemui di lobi Parlimen.

Nada berbeza pula dilontarkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menegaskan parti itu sudah menutup pintunya bagi sebarang perbincangan dengan PAS mengenai kedua-dua PRK itu.

“Kami tidak mahu berbincang dengan PAS. DAP tidak akan adakan sebarang perbincangan dengan PAS,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang juga Anggota Parlimen Bagan.

Ini dia  'winnable candidate' AMANAH Di PRK Sungai BesarPRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen bagi kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, dengan penamaan calon pada 5 Jun.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...