Friday, 20 May 2016

Igauan Buruk Umno BN Bakal Menjadi Kenyataan

Igauan buruk Umno BN bakal menjadi kenyataan. Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedia untuk berjumpa dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu calon dua PRK yang akan diadakan bulan depan.

Menteri besar Selangor itu berkata beliau sudah mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali untuk berbincang isu berkenaan.

Igauan buruk Umno BN bakal menjadi kenyataan“Saya juga ada berjumpa dengan pemimpin AMANAH dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng). 

Rundingan berjalan dengan positif dan masih lagi terbuka, harap ia (siapa calon bertanding) bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program SmartSelangor Food Stamp di sini hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PAS yang berkeras mahu meletakkan calon merebut kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak.

Semalam media melaporkan PAS menyerahkan enam nama calon bagi dua PRK itu kepada Dewan Ulama bagi proses saringan.

Igauan buruk Umno BN bakal menjadi kenyataan

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandang masing-masing Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad, korban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Kedua-dua PRK akan diadakan serentak pada 18 Jun dan penamaan calon pada 5 Jun.

Igauan buruk Umno BN bakal menjadi kenyataan sekiranya 2 PRK tersebut jadi pertembungan 1 lawan 1. Umno BN mengharapkan pertembungan 3 penjuru yang lebih memihak kepada mereka. 

Moga impian rakyat menjadi kenyataan untuk melihat Umno BN tumbang.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...