Monday, 23 May 2016

Husam Musa Sertai AMANAH?

Husam Musa Sertai AMANAH? Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan kehadiran Datuk Husam Musa ke parti itu setelah beliau sah dipecat dari PAS berkuatkuasa 23 April.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu juga mengiktiraf kebijaksanaan Husam terutamanya dalam bidang ekonomi memandangkan pernah bersamanya di Parlimen.

Husam Musa Sertai AMANAH? “Kita mengalu-alukan orang sepertinya untuk berada dalam AMANAH. Terpulang kepadanya nak pilih parti mana. Bagi saya, saya iktiraf dia seorang yang berkebolehan dalam ekonomi.

“Husam adalah seorang yang bijak bestari. Dia seorang yang ada pemikiran dan mempunyai pandangan-pandangan terutama dalam bidang ekonomi.

Husam Musa Sertai AMANAH?


“Satu penggal saya berpengalaman dengannya di Parlimen, memang dia seorang yang boleh memberi cadangan dan membongkar penyelewengan pemerintah, khususnya dalam bidang ekonomi,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok menyatakan tindakan tersebut diambil setelah mempertimbangkan kes Husam daripada semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya.

Husam Musa Sertai AMANAH? Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati Datuk Husam Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang melanggar Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f) Perlembagaan PAS.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...