Friday, 6 May 2016

Husam Musa Dipecat Dari PAS

Husam Musa dipecat dari PAS. Jawatankuasa tatatertib PAS hari ini memutuskan untuk memecat bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa selepas mempertimbangkan kes itu dari semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti .

Pengumuman pemecatan Husam yang juga adalah ADUN Salor dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok.

Menurut Sanusi, jawatankuasa tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Justeru katanya, jawatankuasa tersebut dengan sebulat suara bersetuju memecat Husam dari menjadi ahli PAS berkuat kuasa pada hari keputusan.

Husam Musa dipecat dari PAS

"Jawatankuasa tatatertib telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan mempertimbangkan kes beliau dari semua aspek.

"Husam didapati melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sanusi berkata, keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira kepentingan parti dan perjuangan Husam, lapor Malaysiakini.


Husam Musa sebak, menangis dipecat PAS 
ADUN Salor Datuk Husam Musa mengakui sedih apabila mengetahui PAS memecat keahliannya. 
Katanya, PAS belum lagi memaklumkan secara rasmi kepadanya tetapi beliau menerima khabar pemecatan itu daripada sumber tidak rasmi menerusi laman sosial, aplikasi Whatsapps dan SMS. 
“Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Bagaimanapun, Husam yang juga bekas naib presiden PAS berkata beliau menerima keputusan parti itu dengan hati terbuka.
Husam Musa dipecat dari PAS
Beliau juga hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi kepada media selepas menerima surat pemecatan rasmi daripada PAS. 
“Mungkin ada hikmah yang sedang menanti. Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan diambil ke atas saya. 
“Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya. Untuk itu, saya tetap akan hadir pada mesyuarat agung PAS Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok,” katanya. 
Terdahulu, PAS memaklumkan memecat Husam berkuat kuasa 23 April lalu. 
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Dr Sanusi Daeng Mariok berkata tindakan tersebut diambil setelah mempertimbangkan kes ini daripada semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya, lapor FMT.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...