Friday, 6 May 2016

Helikopter Hilang Di Sarawak Bawa Menteri

Helikopter hilang di Sarawak bawa menteri. Sebuah helikopter yang dalam perjalanan daripada Betong ke Kuching di Sarawak dan membawa lima penumpang, termasuk orang kenamaan dilaporkan hilang daripada radar, petang tadi.

Difahamkan antara orang kenamaan yang berada dalam helikopter itu ialah seorang Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan bertaraf timbalan menteri daripada Semenanjung yang bertugas untuk kempen pilihanraya negeri Sarawak yang akan membuang undi  pada 7 Mei nanti.

Sementara usaha pencarian sedang giat dijalankan ketika ini, sama-samalah kita mendoakan agar semua mereka ditemui dengan selamat.

Helikopter hilang di Sarawak bawa menteri. Jika suatu tragedi, ia tetap sesuatu yang menyedihkan buat kita semua. Sekali lagi, sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan mereka.

Helikopter bawa VIP hilang di Sarawak
Sebuah helikopter dinaiki enam orang, termasuk seorang timbalan menteri, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching petang tadi. 
Borneo Post melaporkan, salah seorang penumpang ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. 
Helikopter hilang di Sarawak bawa menteri
Noriah adalah anggota parlimen Sungai Besar manakala Wan Mohammad Khair-il Anuar anggota parlimen Kuala Kangsar. 
Turut berada dalam pesawat sama ialah Ketua Pengarah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga. 
Menurut Harian Metro, menara kawalan dan helikopter berkenaan terputus hubungan selama tiga jam. 
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pula mengesahkan operasi mencari operasi menyelamat telah dilancarkan. 
Helikopter hilang di Sarawak bawa menteri. Bernama menyatakan helikopter berkenaan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang. 
Helikopter Eurocopter AS350 itu dikendalikan sebuah syarikat tempatan. 
Polis di Kuching dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu malam ini. 
Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata unit khas penyelamat taktikal jabatan itu sedang menunggu pengesahan mengenai lokasi pesawat udara itu hilang, lapor Malaysiakini.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...