Monday, 16 May 2016

Hampir Pasti Pertembungan 3 Penjuru Di PRK Sungai Besar Dan PRK Kuala Kangsar

Hampir pasti pertembungan 3 penjuru di PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Nampaknya sukar mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, apabila Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir hari ini mengesahkan PH akan tetap meletakkan calon.

“Tentulah, sudah pasti kita (Pakatan Harapan) akan bertanding,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini terdapat usaha daripada pembangkang bagi memastikan pertembungan ‘satu lawan satu’ dengan BN pada dua PRK yang akan diadakan pada 18 Jun ini.

Hampir pasti pertembungan 3 penjuru di PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pakatan Harapan supaya mengelak daripada menurunkan calon sekiranya tidak mahu mengganggu usaha PAS melawan BN, manakala Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak mahu parti-parti pembangkang berkompromi dalam soal satu lawan satu.

Anuar berkata, sebarang usaha untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru tidak akan berhasil jika PAS tetap mahu meletakkan calon di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

“Harapannya tentulah satu lawan satu. (Tetapi) Saya tidak boleh bercakap bagi pihak PAS, kerena mereka kini sudah bergerak sendirian,” katanya lagi.

Beliau juga memaklumkan Majlis Presiden Pakatan Harapan dijangka mengadakan mesyuarat dalam masa ‘satu atau dua hari’ lagi bagi memutuskan parti komponen yang bakal bertanding di dua kawasan Parlimen itu.

Hampir pasti pertembungan 3 penjuru di PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar.

“Tentulah kena cepat (buat keputusan) kerana kita tidak ada banyak masa, penamaan calon 5 Jun ini. Selepas itu barulah kita akan putuskan calon,” katanya lagi.

Beliau turut menafikan laporan sebuah portal berita hari ini yang mendakwa Presiden AMANAH, Muhammad Sabu dijangka bertanding di Sungai Besar dan menyifatkannya khabar angin semata-mata.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandangnya, berikutan kematian Ahli Parlimen Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak dua minggu lalu.




1 comment:

  1. "Anuar berkata, sebarang usaha untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru tidak akan berhasil jika PAS tetap mahu meletakkan calon di kedua-dua kawasan Parlimen itu."

    Apsal nak elak? Takut kalah ker?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...